Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Penjaga gol 'tangkap ayam', Sepanyol buat Belgium putih mata ke separuh akhir

Spain's Mikel Merino (6) celebrates scoring their second goal during the World Cup quarterfinal soccer match between Spain and Belgium in Inglewood, Calif., near Los Angeles, Friday, July 10, 2026. (AP Photo/Mark J. Terrill)
Mikel Merino meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Belgium di Inglewood, California, dekat Los Angeles, 10 Julai 2026. (Foto AP)

SEPANYOL 2 BELGIUM

Sentuhan berbisa Mikel Merino sekali lagi menjadi penentu kemaraan Sepanyol ketika skuad kendalian Luis de la Fuente itu sebentar tadi menempah slot ke separuh akhir Piala Dunia 2026.

Belgium digugat kehilangan khidmat ketua pasukan, Youri Tielemans, manakala Fabian Ruiz menggantikan tempat Pedri sebagai peranan utama di bahagian tengah juara Euro 2024 itu sebelum sepak mula.

Ruiz menandakan kemunculannya itu dengan memecah kebuntuan pada minit ke-30 permainan dan kelebihan tersebut hanya bertahan seketika apabila tandukan Charles De Ketelaere mengikat kedudukan 1-1 dalam masa tambahan.

Di sebalik skuad La Roja asyik mengatur asakan, kehilangan penjaga gawang, Thibaut Courtois, benar-benar mengundang kekesalan apabila penggantinya, Senne Lammens, gagal menangkap kemas percubaan awal Pau Cubarsi.

Peluang itu lantas disambar Merino untuk meledak gol kemenangan 2-1, kurang tiga minit selepas dimasukkan.

Must Watch Video

Advertisement