GLASGOW: Perenang para negara Ethan Khoo menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara akhir 200 meter (m) gaya bebas lelaki S14 pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, hari ini.
Bersaing di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Ethan mencatat masa 2 minit 5.25 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di luar kedudukan podium.
Pingat emas dimenangi perenang England William Ellard yang memecahkan rekod temasya menerusi catatan 1:51.66s, manakala Jack Ireland dari Australia meraih pingat perak dengan masa 1:55.22s.
Pingat gangsa menjadi milik Rhys Darbey dari Wales selepas mencatat masa 1:56.24s, manakala seorang lagi wakil negara itu, Dylan Broom dibatalkan penyertaannya.
Terdahulu, Ethan mara ke peringkat akhir selepas mencatat masa 2:05.11s dalam aksi saringan.
-- BERNAMA