Skip to main content

Sukan

Atlet Olimpik layak terima AS$10,000 dalam skim dana baharu IOC

51722573109_IOC.jpg
Geran itu disediakan untuk menyokong kerjaya sukan atau peralihan kerjaya atlet Olimpik.

BERLIN: Atlet Olimpik akan layak menerima geran AS$10,000 untuk bertanding dalam temasya itu di bawah skim baharu yang diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Fit for the Future Olympian Grant” itu juga akan diberikan secara retroaktif kepada atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari di utara Itali.

"Geran itu disediakan untuk menyokong kerjaya sukan atau peralihan kerjaya atlet Olimpik,” menurut kenyataan IOC.

“Dana sebanyak AS$140 juta bagi setiap Olimpik telah diperuntukkan.”

Pengumuman itu dibuat oleh bekas pemain bola keranjang Sepanyol Pau Gasol semasa Sesi IOC ke-146 di Lausanne, Switzerland. Beliau ialah pengerusi Suruhanjaya Atlet IOC.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement