Skip to main content

Malaysia

516 mangsa banjir di Perak dan Selangor berlindung di PPS

KUCHING, 3 Feb -- KOSONG... Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 10,068 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 10,104 orang malam tadi.  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan bahawa mangsa kini berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS).  Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu, yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh, menurun kepada 4,901 orang berba
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang menurun kepada 406 individu daripada 194 keluarga setakat malam ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sebanyak 516 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Selangor dan Perak, setakat malam ini.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang menurun kepada 406 individu daripada 194 keluarga setakat malam ini berbanding 522 orang daripada 233 keluarga malam semalam.

Semalam, media melaporkan sebanyak 32 rumah di Taman Langat Utama 2, RTB Bukit Changgang di Banting terjejas akibat banjir selepas berlaku kejadian ban pecah kira-kira 800 meter dari kawasan perumahan berkenaan pada Rabu lepas. 

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang direkodkan di dua PPS adalah sebanyak 110 orang daripada 31 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) menempatkan 59 mangsa daripada 15 keluarga dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor.

Sebanyak 51 mangsa daripada 16 keluarga pula masih berlindung di PPS Dewan Bandaran Gopeng yang menempatkan penduduk dari Kampung Ulu Geruntum.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca di lima daerah, iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang diramalkan hujan pada malam ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement