PEMAIN tengah skuad Afrika Selatan yang beraksi di Piala Dunia 2026, Jayden Adams, dilaporkan meninggal dunia pada usia 25 tahun di kediamannya di Stellenbosch.
Khabar mengejutkan itu hadir selepas 12 hari Adams dan Afrika Selatan tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 susulan tewas 0-1 kepada Kanada.
Terdapat laporan media tempatan mengaitkan insiden itu sebagai bunuh diri, namun masih belum ada pengeahan rasmi berhubung perkara itu.
Dua minggu lalu, iaitu sehari sebelum perlawanan bertemu Czechia di Stadium Atlanta, pemain yang turut beraksi untuk kelab Mamelodi Sundowns itu kehilangan neneknya yang berusia 72 tahun, Marianna Adams.
Dalam saingan Piala Dunia, Jayden telah bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum sekadar memanaskan bangku simpanan ketika tewas 0-1 kepada Kanada bagi aksi pusingan 32.