MADRID: Barcelona FC melengkapkan perpindahan pemain antarabangsa Mesir berusia 18 tahun, Hamza Abdelkarim dari Al Ahly pada Selasa selepas mengaktifkan klausa pelepasan yang dilaporkan bernilai 1.5 juta euro (AS$1.7 juta), lapor Agensi Berita Xinhua.
Abdelkarim kini bersama skuad Mesir di Piala Dunia dan telah membuat penampilan dalam kedua-dua perlawanan mewakili negaranya menentang New Zealand dan Belgium.
Penyerang itu pada mulanya menyertai Barcelona secara pinjaman semasa jendela perpindahan musim sejuk lepas dan menjaringkan enam gol dalam 11 penampilan bersama pasukan bawah 19 tahun kelab itu dalam saingan Division de Honor Sepanyol.
Prestasi cemerlangnya itu membantu beliau mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia Mesir.
Abdelkarim dijangka memulakan saingan musim depan bersama Barcelona B yang beraksi dalam divisyen empat liga Sepanyol, walaupun beliau juga dijangka akan menjalani latihan secara berkala dengan skuad utama kendalian Hansi Flick.
-- BERNAMA-XINHUA