Skip to main content

Dunia

Israel enggan berundur dari selatan Lubnan walaupun berdepan tekanan AS

61750236921_IsraelKatz.jpg
Katz (foto) berkata tentera Israel akan terus mengekalkan kehadiran di kawasan tersebut atas faktor keselamatan. -Gambar fail

TEL AVIV: Israel tidak akan berundur dari wilayah selatan Lubnan walaupun berdepan tekanan daripada sekutunya, Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pertahanan negara itu, Israel Katz.

Memetik laporan The Times of Israel, Katz berkata tentera Israel akan terus mengekalkan kehadiran di kawasan tersebut atas faktor keselamatan.

Katz turut menyatakan kira-kira 200,000 penduduk Lubnan yang dipindahkan sebelum ini tidak akan dibenarkan kembali ke kawasan berkenaan buat masa ini.

Katz mendakwa kehadiran orang awam di zon keselamatan sebelum ini meningkatkan risiko serangan terhadap tentera, termasuk penggunaan bahan letupan dan serangan hendap.

Kenyataan itu dibuat ketika pentadbiran White House meningkatkan tekanan diplomatik agar Israel menghentikan operasi ketenteraan di Lubnan bagi meredakan ketegangan di Asia Barat.

Perkembangan itu menunjukkan perbezaan pendirian antara Israel dan sekutunya, dengan Tel Aviv mengekalkan keutamaan keselamatan, manakala Washington menekankan usaha meredakan konflik.

 

Must Watch Video

Advertisement