Skip to main content

Politik

[TERKINI] Pas henti kerjasama politik dengan Bersatu – Abdul Hadi

[TB]_Abdul Hadi_SINAR
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan ini setelah meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas dan Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa. - Gambar fail/Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Isnin membuat keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan ini diambil setelah meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas dan Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.

Jelasnya, ini bagi meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya demi penyatuan ummah, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16.

“Ketetapan ini memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik Pas, atas prinsip penyatuan ummah.

“Keputusan ini menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai Pas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Must Watch Video

Advertisement