ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Jun 2026.
1. Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori terbabit nahas ragut enam nyawa
Mahkamah Majistret di Sungai Petani hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini semalam.
2. MetMalaysia keluar amaran tsunami 0.4 meter di Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina pagi ini mencetuskan amaran awal tsunami di beberapa kawasan pantai di Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
3. Siasatan kes penyelewengan dana awam berprofil tinggi selesai - KP SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selesai menjalankan siasatan kes penyelewengan dana awam berprofil tinggi menerusi Op Sutra dengan seorang individu dijangka didakwa dalam masa terdekat.
4. Gempa bumi Filipina: 59 rakyat Malaysia di Mindanao selamat - Konsul Jeneral
Kesemua 59 rakyat Malaysia yang berdaftar di Mindanao berada dalam keadaan selamat susulan gempa bumi yang melanda selatan Filipina pagi Isnin.
5. Berat Jaslinda susut 10 kg, mahu cepat sembuh hadiri konvokesyen anak
Pendaki wanita itu mengalami penurunan berat badan hampir 10 kg setelah 14 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih.
6. Warga SPRM wajib isytihar harta dalam tempoh sebulan - KP
SPRM mewajibkan kesemua warganya mengemas kini pengisytiharan harta dalam tempoh sebulan dari tarikh pemakluman rasmi yang dikeluarkan kelak.
7. Mesyuarat khas bincang urusan PRN Negeri Sembilan 12 Jun ini - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
8. Piala Dunia 2026: MCMC ambil tindakan tegas judi dalam talian - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana aktiviti judi dalam talian yang dilaporkan kepada pihak berkuasa sepanjang kempen Piala Dunia 2026 berlangsung.
9. Kamil Munim ingatkan Zahid jangan angkuh, tak perlu ‘overclaim’ tentang peranan BN
Kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan terbentuk tanpa sokongan gabungan itu adalah sesuatu yang angkuh, dan tidak mencerminkan semangat sebenar kerjasama politik masa kini.
10. PRN N. Sembilan: PH sasar menang lebih 20 kerusi DUN - Loke
Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menyasar memenangi lebih 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.