Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: 253 permohonan permit ceramah, aktiviti diluluskan

JOHOR BAHRU, 29 Jun -- Suasana perang bendera antara parti-parti politik yang bertanding, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dapat dilihat di sekitar Taman Pelangi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 253 daripada 276 permohonan penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 diluluskan dari 18 Julai hingga semalam. - Gambar hiasan Bernama

SEREMBAN: Sebanyak 253 daripada 276 permohonan penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 diluluskan dari 18 Julai hingga semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis memantau kesemua program dan aktiviti yang diluluskan bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, pihaknya menerima 14 laporan polis dan membuka sembilan kertas siasatan dengan dua daripadanya dibuka semalam berkaitan kesalahan pilihan raya.

“Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, ia melibatkan kejadian mencabut bendera parti politik yang bertanding dalam PRN itu.

Beliau berkata, setakat ini, situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses pilihan raya tersebut berada pada tahap baik serta terkawal. 

“Orang ramai diseru agar terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi memastikan PRN Negeri Sembilan berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan teratur,” katanya.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai manakala hari mengundi 1 Ogos.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement