Skip to main content

Dunia

Pakistan namakan panglima Markas Strategik Nasional baharu

Sumber: BERNAMA
Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Pakistan. - Gambar fail/BERNAMA

HYDERABAD: Pakistan pada Jumaat menamakan panglima pertama bagi Markas Strategik Nasional yang baharu ditubuhkan, iaitu badan ketenteraan yang bertanggungjawab mengawasi senjata nuklear negara itu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengumumkan kenaikan pangkat Leftenan Jeneral Aamer Raza ke pangkat jeneral empat bintang serta pelantikannya sebagai panglima sulung markas berkenaan.

Markas baharu itu ditubuhkan susulan Pindaan Perlembagaan Ke-27 pada November tahun lepas yang menyaksikan struktur kepimpinan ketenteraan dirombak semula.

Sebagai sebahagian daripada perubahan itu, Pakistan memansuhkan peranan Pengerusi Jawatankuasa Ketua-Ketua Turus Bersama (CJCSC) dan Panglima Tentera Darat Field Marshal Asim Munir menjadi Panglima Angkatan Tentera.

Langkah berkenaan menyusul selepas konflik bersenjata singkat antara India dan Pakistan pada Mei 2025.

Pakistan merupakan satu daripada sembilan negara di dunia yang memiliki senjata nuklear.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement