Skip to main content

Politik

PRN Johor: ‘Saya pergi tolong bangunkan Kedah, Sanusi hentam saya’ - Anwar

JOHOR BAHRU, 9 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program “Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan” di Padang Awam Taman Pelangi Indah, di sini, malam ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Anwar, kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan negeri yang ditadbir pembangkang kerana tanggungjawab kerajaan adalah membangunkan seluruh negara. - Bernama

SIMPANG RENGGAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana terus mengkritiknya walaupun kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan usaha pembangunan di negeri itu.

Anwar berkata, kerajaan sedang menggerakkan usaha merancakkan pembangunan di Kedah, Perlis dan selatan Thailand menerusi pembukaan laluan baharu di sempadan Malaysia-Thailand.

“Kita mahu naikkan Perlis, Kedah dan selatan Thai.

“Kemudian saya baca media, Menteri Besar Kedah Sanusi, dia ada di Johor, dia hentam saya.

‘Eh, aku pergi tolong kamu di negeri Kedah tahu tak?’” katanya ketika berucap pada Ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH) di Layang-Layang, pada Jumaat.

Sebelum ini, Sanusi menyindir Anwar dengan mendakwa beliau seolah-olah menganggap semua negeri bergantung kepada Kerajaan Persekutuan selepas memperoleh kuasa mentadbir negara.

Menurut Anwar, kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan negeri yang ditadbir pembangkang kerana tanggungjawab kerajaan adalah membangunkan seluruh negara tanpa mengira fahaman politik.

“Padahal Kedah itu negeri Pas yang menang. Tapi saya fikir itu tanggungjawab saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mempersoalkan pendirian Pas yang kini menyatakan kesediaan membantu Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Johor sekiranya gabungan itu gagal memperoleh majoriti mudah.

Beliau mendakwa tindakan itu menunjukkan Pas sanggup mengetepikan perbezaan politik demi menentang Pakatan Harapan.

“Mereka bergabung menentang kita. Pas pula tiada masalah untuk berbuat demikian, sedangkan sebelum ini Pas dan UMNO saling bertentangan.

“Tetapi sekarang, asalkan bukan Anwar dan bukan Pakatan Harapan, Pas kata UMNO pun mereka sanggup sokong,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement