Skip to main content

Politik

PRN Johor: Pertandingan satu lawan satu BN-PH di Tangkak

MUAR, 27 Jun -- Timbalan Pengerusi PH Anthony Loke (tiga, kiri) merangkap Setiausaha Agung DAP mengiringi Calon Pakatan Harapan Ee Chin Li (empat, kiri) pada hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Tangkak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.  Tirai PRN Johor ke-16 dibuka secara rasmi pagi ini dengan proses penamaan calon di 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri bermula tepat 9 pagi.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Pengerusi PH Anthony Loke (tiga, kiri) mengiringi calon PH, Ee Chin Li (empat, kiri) pada hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 hari ini. - Gambar/ Bernama

TANGKAK: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 11 Julai ini.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tangkak Ungku Suzana Ungku Mohammad di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi tadi.

BN mempertaruhkan Datuk Haw Chin Teck manakala pencabarnya Ee Chin Li mewakili PH.

Terdahulu, Haw menyerahkan borang pencalonannya pada 9.04 pagi manakala Ee yang merupakan penyandang dua penggal kerusi berkenaan menyerahkan borang pencalonan tiga minit kemudian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai ini manakala 7 Julai sebagai hari pengundian awal.

Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement