Skip to main content

Politik

PRN Johor: Pengerusi SPR tinjau proses pengundian di empat pusat mengundi

JOHOR BAHRU, 11 Julai -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun (kiri) meninjau proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Senai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johorke-16 di Pusat Pengundian Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ramlan (kiri) meninjau proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Senai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johorke-16 di Pusat Pengundian Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, hari ini. - Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun hari ini turun padang meninjau proses pengundian di empat pusat mengundi sekitar bandar raya ini bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung dengan lancar dan teratur.

Beliau memulakan siri lawatan di Dewan Raya Taman Ungku Tun Aminah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai yang mempunyai tujuh saluran mengundi kira-kira 8.50 pagi tadi.

Tinjauan beliau kemudiannya diteruskan ke Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi DUN Senai (dua saluran), diikuti Sekolah Agama Taman Bukit Mewah di DUN Kempas (enam saluran), sebelum berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Uda Utama bagi DUN Perling yang menempatkan sembilan saluran mengundi.

Dalam lawatan itu, Ramlan turut diberikan taklimat oleh pegawai pilihan raya mengenai kelancaran proses pengundian, selain meluangkan masa meninjau kemudahan yang disediakan untuk para pengundi dan petugas.

Satu sidang media dijadualkan berlangsung selepas berakhirnya siri tinjauan berkenaan. 

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement