Skip to main content

Malaysia

Unit pangsapuri hangus 80 peratus

Keadaan kebakaran sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Putra di sini pada Jumaat._Sinar Harian
Keadaan kebakaran sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Putra di sini pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

SERI KEMBANGAN: Sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Putra di sini, musnah dalam kebakaran pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.12 tengah hari.

"Seramai 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan serta bantuan BBP Cyberjaya bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ashrul Riezal berkata, jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri lima tingkat.

"Kemusnahan dianggarkan 80 peratus, kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.37 tengah hari sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang.

"Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya. -Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement