Skip to main content

Malaysia

'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati' tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026 – Fahmi

logo Hari Kebangsaan_Kementerian Komunikasi.
Fahmi berkata, tema dan logo berkenaan akan menjadi identiti utama sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 - Foto Kementerian Komunikasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, tema dan logo berkenaan akan menjadi identiti utama sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Beliau berkata, pemilihan tema itu mencerminkan visi kerajaan untuk membina sebuah negara yang inklusif, maju dan harmoni dengan memastikan kesejahteraan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh rakyat.

"Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan kesejahteraan bukan hanya dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media mingguan hari ini.

 

Image
KOTA BHARU, 16 Jun -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas menyampaikan watikah pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi Negeri Kelantan hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menambah sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai program akan diadakan di seluruh negara dalam suasana yang meriah namun sederhana, selaras dengan pendekatan kerajaan.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai program dan aktiviti sambutan menerusi saluran rasmi laman web Merdeka360.

Mengenai sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Fahmi memaklumkan ia akan diadakan di Dataran Putrajaya.

"Sambutan akan diadakan secara lebih sederhana, tetapi tidak kurang kemeriahan. Saya percaya apabila tiba masanya nanti, akan ada beberapa pengisian yang unik untuk dipersembahkan kepada rakyat, namun masih terlalu awal untuk saya kongsikan," tambahnya.
 

Must Watch Video

Advertisement