KULIM: Dianggarkan lebih daripada tiga buah kilang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Makmur 7, Lunas di sini, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataanya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi dan menggerakkan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim serta BBP Kulim Hi-Tech ke lokasi.
“Setakat ini kebakaran membabitkan tiga buah kilang kelas A dengan anggaran kemusnahan dianggarkan 90 peratus dan 50 peratus.
“Tindakan anggota mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang bersebelahan dengan bantuan bomba sukarela dari Kulim dan Pulau Pinang,” katanya.
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.