Skip to main content

Malaysia

Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina mahkamah

SEREMBAN, Ogos -- Jalur Gemilang menghiasi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato' Abd Malek hari ini.  Seramai 864,425 pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri di negeri ini berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Seramai 83 calon daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Bebas bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.  Rakyat Malaysia akan melaksa
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) Raja Norazli Raja Nordin akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam pelantikan Yang Dipertuan Besar, seperti yang dilaporkan hari ini. - BERNAMA

SEREMBAN: Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) Raja Norazli Raja Nordin akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam pelantikan Yang Dipertuan Besar, seperti yang dilaporkan hari ini.

Beliau berkata langkah itu diambil selepas berlakunya pelanggaran perintah injunksi ad interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Raja Norazli berkata Hakim Roz Mawar Rozain telah memberikan perintah itu dalam saman pemula untuk memelihara status quo DKU serta kedudukan beliau selaku Setiausaha DKU sementara menunggu pendengaran isu-isu bidang kuasa dan kebolehadilan, dan sehingga perintah selanjutnya dikeluarkan oleh mahkamah.

"Sejak perintah injunksi ad interim tersebut diberikan, saya mendapati melalui laporan media bahawa  plaintif terutamanya plaintif kedua (Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad) terlibat dan (atau) mengambil bahagian dalam kononnya pelantikan seorang Yang Dipertuan Besar, yang didakwa dibuat di bawah Fasal 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. 

"Perkara ini dilaporkan berlaku selepas Mahkamah Tinggi memberikan perintah-perintah injunksi ad interim pagi tadi," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Raja Norazli berpendirian bahawa plaintif-plaintif berkenaan, khususnya plaintif kedua, telah bertindak secara terburu-buru dalam percubaan untuk mengingkari perintah mahkamah.

“Sehubungan itu, peguam cara saya telah menulis kepada peguam cara plaintif-plaintif, di mana saya telah merizabkan hak saya untuk memulakan prosiding-prosiding penghinaan mahkamah terhadap plaintif-plaintif bagi memelihara integriti perintah mahkamah,” katanya. 

Beliau berkata tindakan itu adalah tambahan kepada prosiding penghinaan mahkamah yang difailkan terhadap pihak plaintif berhubung tindakan mereka sejak tarikh perbicaraan pertama membabitkan isu berkenaan di Mahkamah Tinggi pada 13 Mei lepas hingga hari ini. 

Raja Norazli berkata prosiding itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 7 Julai depan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ad interim terhadap enam plaintif dalam pertikaian melibatkan DKU Negeri Sembilan, yang antara lain menghalang mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Selain Maarof, lima lagi plaintif ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement