Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Tawau kekal pagi ini

Mangsa banjir Sabah kekal 75 orang, dua PPS masih dibuka _JPBM SABAH
- Gambar fail/JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Tawau yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), kekal setakat 8 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, semua 335 mangsa daripada 96 keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.

"Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini," menurut kenyataan itu, hari ini.

Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement