Skip to main content

Malaysia

Heritage Colours Festival hidupkan semula Stesen Keretapi Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur yang menjadi kebanggan masyarakat. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaan
Sempena penganjuran festival di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi perkongsian bersama konservator bangunan warisan yang memberi pendedahan tentang usaha pemeliharaan struktur bersejarah negara. - Bernama

KUALA LUMPUR: Stesen bersejarah Stesen Keretapi Kuala Lumpur kembali menjadi tumpuan apabila Perbadanan Aset Keretapi (RAC) menganjurkan The Heritage Colours Festival, sebuah program tiga hari yang mengangkat keindahan warisan, seni bina dan budaya negara.

Festival yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun, jam 10 pagi hingga 6 petang itu menyasarkan usaha menghidupkan semula ruang ikonik tersebut sebagai pusat aktiviti komuniti, seni dan pelancongan warisan di ibu kota.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung termasuk persembahan kebudayaan, jualan vendor tempatan, pertandingan mewarna, permainan tradisional serta aktiviti interaktif seperti batik, anyaman dan tenunan songket. Pengunjung turut berpeluang menyertai sesi perkongsian bersama konservator bangunan warisan yang memberi pendedahan tentang usaha pemeliharaan struktur bersejarah negara.

Program itu turut diserikan dengan Jelajah Warisan Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, bersama wakil daripada RAC, Jabatan Warisan Negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Warisan Negara, Think City serta komuniti setempat.

Menurut Fadlun, penglibatan pelbagai agensi membuktikan komitmen bersama dalam memperkukuh agenda pemuliharaan warisan bandar serta memastikan nilai sejarah Kuala Lumpur terus relevan untuk generasi akan datang.

“Usaha seperti ini bukan sahaja memelihara bangunan warisan, malah menghidupkan semula identiti bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah kota bersejarah yang dinamik,” katanya.

Dibina pada tahun 1910, Stesen Keretapi Kuala Lumpur kekal sebagai antara mercu tanda warisan paling ikonik di negara ini dengan seni bina Moor yang unik dan nilai sejarah yang tinggi.

RAC berharap penganjuran festival itu dapat menghubungkan masyarakat dengan sejarah dan budaya tempatan, di samping merancakkan sektor pelancongan serta ekonomi komuniti setempat.

Festival itu dibuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma, menjadikannya peluang terbaik untuk keluarga dan pelancong merasai sendiri pengalaman warisan di tengah kota Kuala Lumpur.

Must Watch Video

Advertisement