Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Julai 2026.
 

1. Dua pelajar perempuan ditemukan maut

Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan perumahan kosong dekat Buntong di Ipoh pada Jumaat.
 

2. Malaysia kecam ribuan pelampau Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan beramai-ramai ke atas Kompleks Masjid Al-Aqsa oleh lebih 4,200 puak pelampau Yahudi, termasuk seorang menteri rejim Zionis Israel.
 

3. Sultan Mizan berada dalam keadaan sihat - Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda di luar negara.
 

4. PRN Negeri Sembilan: 'Tak perlu datang' - Zahid ingatkan Sanusi tidak main isu kaum, agama

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar tidak memainkan isu melibatkan kaum dan agama sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.
 

5. PRN Negeri Sembilan: Bersatu kemuka 76 tawaran, sasar 50,000 peluang pekerjaan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan manifesto dikenali "Tawaran Bersatu Demi Nismilan” sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
 

6. PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN-BN semakin ‘longgar’ sudah dijangka - Muhyiddin

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah menjangkakan ketegangan akan berlaku dalam kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kerana ia dibuat atas dasar untuk merebut kuasa.
 

7. Zahid arah Ketua Pengarah pastikan semua jawatan utama Kemas berstatus tetap

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), memastikan semua jawatan utama dalam jabatan itu berstatus tetap, bertujuan bagi memperkukuh skim perkhidmatan serta menjaga kebajikan warganya.
 

8. PRN Negeri Sembilan: PH fokus agenda sendiri, biar pengundi nilai polemik PN-BN - Tengku Zafrul

Pakatan Harapan (PH) akan terus memberi tumpuan kepada agenda dan usaha yang dilaksanakan, tanpa perlu memberi perhatian kepada perkembangan yang berlaku antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
 

9. Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar

Dua  jaringan Paulo Josue memacu kebangkitan Malaysia menewaskan Myanmar 2-1 dalam saingan Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 di di Stadium Thuwunna.
 

10. Generasi kedua Felda: Kerajaan muktamad dasar isu perumahan dalam tempoh sebulan - Anwar

Kerajaan akan memuktamadkan dasar berkaitan rumah generasi kedua Felda dalam tempoh sebulan bagi membolehkan pembinaan rumah kedua di semua tanah rancangan dapat dilaksanakan segera.

Must Watch Video

Advertisement