ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Jun 2026.
Kerajaan fokus tadbir negara, tiada keperluan PRU16 dalam masa terdekat – PM Anwar
Keutamaan kerajaan adalah memastikan pelaksanaan dasar serta tanggungjawab pentadbiran berjalan dengan baik.
Agong zahir pandangan, nasihat pembangunan Kuala Lumpur
Seri Paduka Baginda bertitah, setiap perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan perlu dilaksanakan secara seimbang serta memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat.
Serangan di Kuwait: Rakyat Malaysia selamat, Wisma Putra terus pantau situasi
Setakat ini tiada laporan diterima mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden tersebut.
Ahli gabungan FAM sebulat suara lulus pindaan statut dicadang AFC
Keputusan itu dicapai selepas sesi perbahasan yang dipengerusikan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John.
Pas tidak akan kemuka usul undi tidak percaya terhadap MB Perlis
Pas tidak akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, pada Persidangan DUN Perlis kali ini.
Malaysia, Indonesia capai kemajuan dalam isu sempadan darat, maritim - Mohamad Hasan
Perkara itu antara hasil perbincangan pada Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala Malaysia-Indonesia (JCBC) Ke-17 di Jakarta.
Segera kuasai teknologi moden, jangan negara Islam mundur, dihina - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan umat Islam perlu menguasai ilmu serta teknologi baharu supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dunia yang pesat.
- Ketua Srikandi Bersatu Johor letak jawatan, kembali sertai UMNO
Alwiyah Talib yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dan Ketua Bersatu Bahagian Mersing berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek demi kebaikan dan masa depan kawasan yang diwakilinya.
- Johor tawar gaji premium RM4,000 untuk graduan baharu - Onn Hafiz
Gaji premium kini mula ditawarkan kepada anak muda Bangsa Johor dengan kadar pendapatan mencecah RM4,000 ke atas bagi golongan graduan baharu.
- [TERKINI] DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi pada Jumaat
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Jumaat, 5 Jun.