Skip to main content

Malaysia

Bank Negara Malaysia kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Sumber: BERNAMA
Pada tahap OPR semasa, Jawatankuasa Dasar Monetari berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.

Dalam kenyataan, bank pusat menjelaskan pada tahap OPR semasa, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negara,” menurut BNM.

BNM memakliumkan petunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan global yang berdaya tahan secara keseluruhan, disokong oleh pengembangan teknologi yang kukuh serta keadaan bekalan dan harga komoditi utama yang bertambah baik.

Bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan yang berdaya tahan pada suku kedua, didorong oleh permintaan dalam negara yang mampan dan prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, tambah BNM.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement