Skip to main content

Dunia

Venezuela tarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa

51743687907_ICC.jpg
Venezuela telah memaklumkan PBB mengenai “keputusan tegas dan tidak boleh ditarik balik” untuk menarik diri daripada ICC atas arahan Pemangku Presiden Delcy Rodriguez.

BUENOS AIRES: Venezuela pada Jumaat memaklumkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri Luar Felix Plasencia berkata Venezuela telah memaklumkan PBB mengenai “keputusan tegas dan tidak boleh ditarik balik” untuk menarik diri daripada ICC atas arahan Pemangku Presiden Delcy Rodriguez.

“Venezuela berpandangan bahawa tindakan Mahkamah itu mencerminkan kecenderungan geografi yang jelas, dengan tugasnya tertumpu secara tidak seimbang kepada negara Afrika dan Amerika Latin sehingga menjejaskan kepentingan Selatan Global,” tulis beliau di platform X.

“Corak ini menunjukkan sistem keadilan antarabangsa yang bukan sahaja gagal dilaksanakan secara saksama, malah telah dijadikan alat untuk memperdalam ketidaksamaan antara rakyat serta mengabaikan hak mereka terhadap penentuan nasib sendiri dan kedaulatan.”

Penarikan diri itu dibuat ketika ICC sedang menyiasat kerajaan bekas Presiden Venezuela Nicolas Maduro yang digulingkan berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan. Kerajaan di Caracas menolak tuduhan berkenaan.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement