Skip to main content

Dunia

Tentera Israel larang Mufti Besar Baitulmuqaddis masuki Masjid Al-Aqsa selama seminggu

Israeli police officers take positions on the roof of al-Aqsa mosque during clashes with Palestinians in Jerusalem's Old City September 28, 2015. REUTERS/Amir Cohen
Tentera Israel telah menahan Sheikh Hussein sejurus selepas beliau selesai menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. - Gambar fail

BAITULMUQADDIS: Tentera pendudukan Israel mengenakan larangan selama seminggu pada Jumaat terhadap Sheikh Mohammad Hussein, yang merupakan Mufti Besar Baitulmuqaddis dan Palestin merangkap pengkhutbah Masjid Al-Aqsa, daripada memasuki pekarangan masjid berkenaan .

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan terdahulu pada Jumaat, sumber tempatan memaklumkan bahawa tentera Israel telah menahan Sheikh Hussein sejurus selepas beliau selesai menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.

Susulan penahanan itu, pihak berkuasa Israel menyerahkan perintah larangan yang menyekat beliau daripada memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa bagi tempoh satu minggu.

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video

Advertisement