Skip to main content

Dunia

Rakaman pertama bangkai kapal terakhir Ernest Shackleton didedah

Quest, which had served as the ship of Anglo-Irish explorer Ernest Shackleton's during his Shackleton-Rowett Expedition to Antarctica, is moored at Base Fjord in Greenland in 1930. The Royal Canadian Geographical Society (RCGS) and the Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) will launch a July expedition to survey the final ships of Antarctic explorers Ernest Shackleton and Robert Falcon Scott. Royal Canadian Geographical Society Archives/Handout via REUTERS
Kapal Quest, yang pernah digunakan oleh penjelajah Anglo-Ireland Sir Ernest Shackleton dalam Ekspedisi Shackleton-Rowett ke Antartika, berlabuh di Base Fjord, Greenland, pada tahun 1930. - Foto REUTERS

ST JOHN'S: Saintis berjaya merakam imej dan video pertama bangkai kapal Quest, kapal terakhir milik penjelajah kutub terkenal Sir Ernest Shackleton, yang terletak di dasar Laut Labrador berhampiran pesisir Newfoundland, Kanada.

Misi penerokaan itu dilaksanakan oleh Royal Canadian Geographical Society (RCGS) dengan kerjasama Woods Hole Oceanographic Institution bagi meninjau lokasi bangkai kapal bersejarah tersebut.

Imej yang didedahkan menunjukkan keadaan Quest yang masih dapat dikenal pasti meskipun tenggelam sejak 1962.

Kapal itu kini berada pada kedalaman kira-kira 390 meter di dasar Laut Labrador dan dikelilingi pelbagai hidupan marin.

Menurut Geiger, pengalaman melihat sendiri bangkai kapal itu memberi gambaran lebih jelas mengenai legasi Shackleton dalam sejarah penerokaan kutub.

Menurut beliau, dek kapal yang ditemui itu merupakan lokasi Shackleton meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1922 ketika menyertai ekspedisi ke kawasan Artik.

Peristiwa itu dianggap menandakan berakhirnya era yang dikenali sebagai "Zaman Keemasan Penerokaan Antartika".

Shackleton merupakan antara tokoh paling terkenal dalam sejarah penerokaan kutub.

Beliau dikenang menerusi ekspedisi Endurance pada 1914 apabila kapalnya terperangkap dan musnah akibat tekanan ais di Antartika, namun semua anak kapalnya berjaya diselamatkan melalui usaha kepimpinannya.

Kapal Quest dibeli khas oleh Shackleton untuk ekspedisi terakhirnya dan kekal beroperasi selama beberapa dekad selepas kematiannya.

Kapal itu pernah berkhidmat sebagai kapal tentera laut Kanada semasa Perang Dunia Kedua sebelum digunakan semula dalam industri pemburuan anjing laut dan akhirnya tenggelam di luar pantai Labrador pada 1962.

Ekspedisi terkini turut bertujuan menghasilkan model digital tiga dimensi bangkai kapal berkenaan menggunakan teknologi pengimejan dasar laut beresolusi tinggi.

Model tersebut dijangka membolehkan orang ramai meneroka Quest secara maya tanpa mengganggu tapak warisan bersejarah itu.

Selain Quest, pasukan penyelidik juga merancang meninjau bangkai kapal Terra Nova, yang pernah digunakan oleh seorang lagi penjelajah kutub terkenal, Robert Falcon Scott, dalam ekspedisinya ke Antartika pada awal abad ke-20.
 

 

Must Watch Video

Advertisement