Skip to main content

Dunia

Pelapor Khas PBB gesa sekatan senjata ke atas Israel susulan keganasan di Tebing Barat

51751543195_FrancescaAlbanese.jpg
Albanese (foto) menyifatkan insiden berkenaan sebagai satu siri serangan ganas terancang (pogrom) terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika serangan ke atas Gaza masih berterusan. -Gambar fail

NEW YORK: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, menuduh peneroka haram Israel dan tentera Israel bertindak bersama dalam serangan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Menerusi hantaran di platform X hari ini, Albanese menyifatkan insiden berkenaan sebagai satu siri serangan ganas terancang (pogrom) terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika serangan ke atas Gaza masih berterusan.

"SERANGAN GANAS TERANCANG (POGROM) terhadap orang awam yang tidak bersenjata di seluruh Tebing Barat (ketika Gaza sedang dibedil). 

"Orang awam dan tentera Israel bergabung tenaga. Ini bukan sekadar tentang Netanyahu dan beberapa 'kerosakan kecil' (rotten apples)."

"INILAH ISRAEL: SEKATAN SENJATA SEKARANG - HENTIKAN PERDAGANGAN SEKARANG Ini adalah apa yang dituntut oleh undang-undang antarabangsa," tulisnya di X.

 

 

Beliau berkata keganasan itu dilakukan secara sistematik dan tidak boleh dianggap sebagai tindakan beberapa individu semata-mata, termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sehubungan itu, pakar undang-undang antarabangsa itu menggesa masyarakat antarabangsa mengenakan sekatan senjata terhadap Israel serta menghentikan perdagangan dengan negara tersebut.

Menurut Albanese, langkah berkenaan diwajibkan di bawah undang-undang antarabangsa bagi melindungi orang awam dan menghentikan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

Desakan itu dibuat ketika ketegangan di Tebing Barat semakin memuncak susulan beberapa insiden keganasan yang mengorbankan penduduk Palestin serta mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai kemerosotan keselamatan di wilayah berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement