Skip to main content

Dunia

Korea Selatan sasar jadi tuan rumah pusat tindak balas dadah Interpol

71625009022_Interpol.jpg
Kerajaan Korea Selatan menyasarkan untuk melancarkan pusat itu ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Interpol yang akan diadakan di Seoul pada 2029. - Gambar fail

SEOUL: Korea Selatan akan berusaha menjadi tuan rumah kepada pusat tindak balas dadah milik Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam usaha membantu menangani jenayah rentas negara melibatkan dadah, menurut Pejabat Penyelaras Dasar Kerajaan pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kerajaan menyasarkan untuk melancarkan pusat itu ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Interpol yang akan diadakan di Seoul pada 2029.

"Keperluan semakin mendesak untuk mewujudkan pusat kawalan antarabangsa bagi menyekat secara strategik kawasan 'Segi Tiga Emas' yang menghasilkan 70 peratus bekalan dadah dunia," menurut pejabat itu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Langkah Antidadah yang dipengerusikan oleh Menteri Penyelaras Dasar Kerajaan Yoon Chang-yul.

Segi Tiga Emas merujuk kepada kawasan sempadan yang melibatkan Thailand, Myanmar dan Laos.

Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan akan berusaha memeterai surat hasrat dengan Interpol semasa Perhimpunan Agung Interpol yang dijadual berlangsung pada Disember ini.

-- BERNAMA-YONHAP

Must Watch Video

Advertisement