Skip to main content

Dunia

Konflik Iran berisiko merebak ke Laut Merah, ketegangan baharu tercetus di Yaman

A file image from March 2, 2024, shows the Chinese-flagged VLCC supertanker Cosnew Lake, which exited the Red Sea via the Bab el-Mandeb Strait on July 23, 2026. VLADIMIR TONIC/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT VERIFICATION: - Reuters confirmed the identity of the oil tanker as "COSNEW LAKE" (IMO: 9804289) by the stern, mast and name on the hull of the managing company that matched archive imagery. - The date was verified by original
Foto fail menunjukkan kapal tangki minyak mentah gergasi (VLCC) berbendera China, Cosnew Lake, yang keluar dari Laut Merah melalui Selat Bab el-Mandeb. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Konflik yang melibatkan Iran menunjukkan tanda-tanda meluas ke kawasan lain apabila pertempuran kini memberi kesan kepada laluan perkapalan di Laut Merah, meskipun Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara siri serangan terhadap Iran.

Perkembangan terbaharu menyaksikan kumpulan Houthi di Yaman melancarkan serangan ke atas kemudahan minyak milik Saudi Aramco di Jizan dan Yanbu, manakala Iran menuduh Ukraine menyerang sebuah kapal dagangannya di Laut Caspian.

Tentera AS memaklumkan sekatan laut terhadap Iran masih diteruskan, namun tidak menjelaskan sebab penghentian serangan yang sebelum ini berlangsung selama 13 malam berturut-turut.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Presiden Donald Trump berkata Washington masih mengutamakan penyelesaian diplomatik, walaupun kekal bersedia mengambil tindakan jika rundingan gagal mencapai kemajuan.

Laporan media AS pula menyebut Trump buat masa ini menangguhkan rancangan untuk memperhebat serangan terhadap Iran kerana bimbang konflik yang lebih luas boleh menjejaskan kestabilan serantau, bekalan tenaga dan ekonomi global.

Di Laut Merah, jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, mendakwa kumpulannya menyerang kemudahan Aramco di Jizan dan Yanbu.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal berhampiran kawasan penapisan minyak di Jizan.

Sumber industri perdagangan tenaga turut memaklumkan kemungkinan berlaku kerosakan pada kemudahan penyimpanan minyak dan bahan api di Jizan, walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Aramco setakat ini.

Di Yanbu, dua peluru berpandu balistik yang disasarkan ke arah kemudahan minyak berjaya dipintas menggunakan sistem pertahanan Patriot yang dikendalikan oleh anggota tentera Greece di Arab Saudi.

Yanbu menjadi antara pelabuhan minyak terpenting Arab Saudi di Laut Merah, khususnya selepas gangguan terhadap laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Sementara itu di Yaman, tentera udara kerajaan yang diiktiraf antarabangsa dan disokong Arab Saudi melancarkan serangan ke atas lokasi pelancaran peluru berpandu serta depot senjata Houthi di wilayah Marib dan al-Jawf.

Sebelum ini, pakatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi turut melancarkan serangan terhadap kedudukan Houthi di bandar pelabuhan Hodeidah.

Pegawai Yemen berkata kedua-dua pihak kini sedang menggerakkan kekuatan tentera di sepanjang barisan hadapan, menimbulkan kebimbangan bahawa perang saudara yang sebahagian besarnya terhenti sejak gencatan senjata 2022 boleh tercetus semula.

Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Luar Iran menuduh Ukraine menyerang sebuah kapal dagang Iran di Laut Caspian, menyebabkan seorang kelasi terbunuh dan seorang lagi cedera.

Konflik yang semakin melebar itu meningkatkan kebimbangan antarabangsa terhadap keselamatan laluan perdagangan dan bekalan tenaga global, terutama ketika usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan antara Washington dan Tehran masih diteruskan.
 

 

Must Watch Video

Advertisement