Skip to main content

Dunia

Ketua Keselamatan Dalam Negeri Gaza maut dalam serangan udara Israel

Palestinians inspect the site of an Israeli strike on a vehicle in Gaza City, July 20, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas
Tentera Israel membunuh Ketua Direktorat Keselamatan Dalam Negeri dan seorang pegawai polis dalam satu serangan udara yang menyasarkan kenderaan mereka di Deir al-Balah pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Tentera Israel membunuh Ketua Direktorat Keselamatan Dalam Negeri di tengah Gaza bersama seorang lagi pegawai dalam satu serangan udara yang menyasarkan kenderaan mereka di Deir al-Balah pada Ahad, lapor  Anadolu Ajansi memetik Kementerian Dalam Negeri wilayah itu.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Kolonel Wael Mousa al-Ladawi, 44, dan Mejar Ramez Tawfiq Abu Zureiq, 49, terkorban dalam serangan itu.

Menurut kementerian itu, kedua-dua pegawai polis terbabit sedang menaiki sebuah kenderaan di Deir al-Balah, tengah Gaza apabila ia diserang oleh pesawat Israel.

Serangan itu berlaku biarpun perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza sejak 10 Okt 2025.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement