LONDON: Sebuah kapal kargo terkena peluru tidak dikenal pasti dan mengalami letupan besar ketika belayar jauh di perairan Teluk, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin, lapor Xinhua.
Menurut UKMTO, peluru itu mengenai bahagian kanan kapal, sekali gus mencetuskan letupan besar.
Setakat ini, tiada pencemaran atau kesan terhadap alam sekitar dilaporkan.
Makluman itu tidak mendedahkan nama kapal, kewarganegaraan, mahupun maklumat sama ada terdapat kemalangan jiwa.
Imej yang dilampirkan bersama makluman itu menunjukkan insiden berlaku kira-kira 40 batu nautika di tenggara Umm Qasr di selatan Iraq.
Lokasi berkenaan terletak jauh di perairan Teluk, berhampiran kawasan maritim antara Iraq dan Kuwait.
-- BERNAMA-XINHUA
UKMTO WARNING 063-26
Click here to view the full warning⤵️https://t.co/RyUM9BRf69#MaritimeSecurity #MarSec pic.twitter.com/tZtykTLbyN— UKMTO Operations Centre (@UK_MTO) June 1, 2026