GAZA: Tentera Israel berkata pihaknya telah membunuh seorang lelaki warga Palestin, Muhammad Naim Jandiya, yang didakwa sebagai pegawai kanan Hamas dalam satu serangan udara di tengah Bandar Gaza pada Rabu.
Menerusi hantaran di platform X, tentera Israel mendakwa Jandiya merupakan Ketua Keselamatan Ketenteraan Batalion Shuja'iyya Hamas.
Bagaimanapun, dakwaan itu belum dapat disahkan secara bebas dan Hamas setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
🔴ELIMINATED: Muhammad Na’im Jandiya, the Head of Military Security in Hamas’ Shuja'iyya Battalion.
During the October 7 Massacre, Jandiya served as the commander of a Nukhba terrorist cell that infiltrated Kibbutz Nahal Oz and took part in the abduction of the late Captain… pic.twitter.com/uf2EW8R1l4— Israel Defense Forces (@IDF) July 3, 2026
Menurut laporan media antarabangsa, serangan dron itu menyasarkan mangsa berhampiran Taman Perbandaran di Jalan Omar al-Mukhtar di Bandar Gaza.
Kementerian Kesihatan Gaza menyifatkan insiden itu sebagai satu lagi pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober 2025.
Pihak berkuasa Israel turut mendakwa Jandiya sebelum ini bertanggungjawab menahan tiga tawanan warga Israel di dalam terowong bawah tanah di Gaza.
Tiga tawanan berkenaan, Yotam Chaim, Samer Al-Talalka dan Alon Shamriz, bagaimanapun maut selepas ditembak oleh tentera Israel sendiri dalam satu insiden berasingan apabila mereka tersilap mengenal pasti ketiga-tiganya sebagai orang awam Palestin.