Skip to main content

Dunia

Iran mulakan istiadat penghormatan terakhir untuk Khamenei

People carry a coffin as the bodies of Iran's late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei and his family members are brought to the Imam Khomeini Grand Mosalla, on the day International delegates participate in a farewell ceremony for Khamenei, who was killed on February 28 during Israeli and U.S. airstrikes on Iran, in Tehran, Iran July 3, 2026. Picture taken using a mobile phone. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Istiadat penghormatan itu diteruskan pada Sabtu dan Ahad, dengan jenazah Pemimpin Tertinggi Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ditempatkan di Grand Mosalla bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir. - Foto Reuters

TEHRAN: Iran memulakan istiadat penghormatan terakhir untuk Pemimpin Tertinggi Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, dengan kehadiran para tetamu kenamaan asing dan tokoh agama di Grand Mosalla Tehran.

Menurut agensi berita Iran, IRNA, jenazah Khamenei bersama jasad pengiringnya dipindahkan ke Grand Mosalla Tehran pada awal Jumaat dan ditempatkan di dewan solat utama, menjelang upacara penghormatan awam selama dua hari.

Wakil pusat Islam, pertubuhan masyarakat serta gerakan antiperang dan antihegemoni dari beberapa negara Eropah termasuk Itali, Belanda, Britain, Denmark dan Austria turut hadir di Tehran untuk mengikuti atau membuat liputan media mengenai istiadat itu.

Istiadat penghormatan itu diteruskan pada Sabtu dan Ahad, dengan jenazahnya ditempatkan di Grand Mosalla bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir, sebelum perarakan pengebumian diadakan di Tehran pada Isnin.

Upacara seterusnya dijadual berlangsung di kota suci Qom, diikuti istiadat di Baghdad, Karbala dan Najaf di Iraq, sebelum jenazah dikebumikan di Mashhad pada 9 Julai.

-- BERNAMA-IRNA

 

Must Watch Video

Advertisement