Skip to main content

Dunia

AS hantar tambahan kakitangan ke selatan Texas susulan kes disyaki lalat cacing skru

FILE PHOTO: A sample of screwworms collected in the morning are displayed at the veterinary clinic as the Mexican government and ranchers struggle to control the spread of this flesh-eating pest, in Tapachula, Chiapas state, Mexico July 4, 2025. REUTERS/Daniel Becerril/File Photo
Lalat cacing skru merupakan parasit berbahaya yang boleh menyebabkan kerosakan serius kepada ternakan dan haiwan lain kerana larvanya memakan tisu hidup. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menghantar tambahan kakitangan ke selatan Texas bagi menangani kes disyaki melibatkan parasit lalat cacing skru pemakan daging (New World screwworm) di kawasan tersebut.

Setiausaha Pertanian AS, Brooke Rollins berkata pasukan tambahan itu digerakkan bagi memperkukuh operasi di lapangan serta memastikan keadaan terkawal.

“Pengesanan berpotensi lalat cacing skru ini sedang dikawal sepenuhnya dan tidak menjejaskan bekalan makanan AS atau keselamatan pengguna,” katanya menerusi satu hantaran di platform X.

Menurut beliau, spesimen parasit berkenaan telah dihantar ke sebuah lapangan terbang di Ames, Iowa sebelum dipindahkan ke Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan (NVSL) untuk analisis lanjut.

Lalat cacing skru merupakan parasit berbahaya yang boleh menyebabkan kerosakan serius kepada ternakan dan haiwan lain kerana larvanya memakan tisu hidup.

Pihak berkuasa menegaskan langkah pemantauan dan kawalan kini dipertingkat bagi mengelakkan penularan, termasuk sokongan teknikal dan sumber tambahan di kawasan terjejas.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan dalam sektor pertanian AS, namun pihak berkuasa memberi jaminan bahawa risiko terhadap bekalan makanan dan kesihatan awam adalah rendah setakat ini.
 

 

Must Watch Video

Advertisement