JAKARTA: Gunung berapi Dukono di wilayah Maluku Utara Indonesia meletus pada Ahad, memuntahkan abu kelabu sehingga 5,000 meter (m) di atas puncaknya, kata Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi negara itu, lapor Xinhua.
Gunung berapi setinggi 1,087m itu kini berada pada tahap amaran kedua tertinggi.
Pihak berkuasa menggesa penduduk dan pelawat mengelak aktiviti dalam radius empat kilometer dari kawah dan menyediakan topeng muka untuk mengurangkan risiko pernafasan daripada abu gunung berapi.
-- BERNAMA-XINHUA
Dunia
Gunung berapi Dukono Indonesia meletus, abu menjulang 5,000m
Kepulan asap kelihatan susulan letusan Gunung Dukono di Kabupaten Halmahera Utara, Maluku Utara, Indonesia, 8 Mei 2026. - Gambarfail/REUTERS