[TERKINI] Sultan Selangor tidak benar Solat Jumaat di pusat beli-belah
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenankan mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di negeri itu mendirikan solat Jumaat. Ketetapan tersebut dibuat bagi memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah utama umat Islam, selain memastikan aspek pengurusan, pemantauan dan keseragaman pelaksanaan solat Jumaat terus mematuhi peraturan yang ditetapkan.