[TERKINI] Cuaca buruk dijangka landa kebanyakan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca hujan dan ribut petir akan melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada sebelah petang. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.