Skip to main content
RUU Jenayah Siber: Perkasa kedaulatan digital negara

RUU Jenayah Siber: Perkasa kedaulatan digital negara

Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu digubal bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer yang sudah hampir 30 tahun tidak dipinda, sekali gus menutup pelbagai kelompongan undang-undang dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.