Skip to main content
PH terlalu kejar undi Melayu yang tidak akan dapat, tinggalkan penyokong bukan Melayu - Penganalisis

PH terlalu kejar undi Melayu yang tidak akan dapat, tinggalkan penyokong bukan Melayu - Penganalisis

Timbalan Ketua Strategik, Ibu Pejabat Asia UN SDSN, Universiti Sunway, Prof Dr Wong Chin Huat berkata Pakatan Harapan (PH) hilang sokongan pengundi asasnya kerana ketidakupayaan gabungan itu memenuhi agenda reformasi seperti yang dikempenkan dengan bertindak berkompromi dengan tuntutan daripada parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan. Jelasnya, pengundi asas PH merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu mengejar undi melayu yang belum menyokong beliau berbanding pengundi bukan melayu yang sedia ada menyokongnya. #AgendaAWANI #JohorMemilih