Skip to main content
Pengundi atas pagar pilih parti seperti 'beli barang', prestasi berbanding sentimen - Penganalisis

Pengundi atas pagar pilih parti seperti 'beli barang', prestasi berbanding sentimen - Penganalisis

Pengarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berkata pengundi atas pagar pada PRN Johor kebanyakan terdiri daripada golongan muda, berpendidikan, dan mempunyai akses luas kepada media sosial.

Kumpulan ini melihat pilihan politik seperti pengguna memilih sesuatu produk di kedai. Dalam istilah sains politik, mereka digelar sebagai developmentalist consumerist, iaitu pengundi yang akan terus menyokong sesebuah parti sekiranya kerajaan sedia ada menunjukkan prestasi baik.

Namun, jika parti lawan menawarkan dasar atau prestasi yang lebih meyakinkan, mereka tidak teragak-agak untuk mengalihkan sokongan.