Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Jun 2026.

  1. Keputusan kes Syed Saddiq ditangguh ke 13 Julai

    Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pedakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta kepada 13 Julai ini.

  2. 16 warden bekas ATM bertugas di lapan MRSM mulai 1 Julai

    Sebanyak 16 bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula melaporkan diri sebagai warden sepenuh masa di lapan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terpilih bermula Rabu ini.

  3. PM Anwar lancar pasport Malaysia antarabangsa versi baharu

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.

  4. Lagi insiden di Kem Hobart, dua anggota tentera cedera senjata meletup

    Dua anggota tentera cedera di bahagian lutut setelah senjata api yang digunakan ketika latihan di Kem Hobart meletup akibat masalah teknikal

  5. Pelaksanaan penguatkuasaan penuh SLD bagi kenderaan perdagangan ditangguhkan - MOT

    Penanguhan dibuat bagi memberi ruang kepada industri melengkapkan proses pematuhan secara lebih teratur.

  6. Tekup muka kekasih hingga mati, lelaki dipenjara 32 tahun, 12 sebatan

    Hakim membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampau keraguan munasabah terhadap tertuduh.

  7. Insiden digodam: Portal rasmi KKM ditutup sementara

    Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan capaian ke Portal Rasmi kementerian itu dihentikan sementara waktu bagi membolehkan pengukuhan kawalan keselamatan siber dilaksanakan.

  8. PRN Johor: "Alhamdulillah, letaklah jawatan... " - Tok Mat ulas hasrat Nga Kor Ming berundur

    Barisan Nasional (BN) tidak menghalang hasrat Nga Kor Ming untuk meletakkan jawatan sekiranya parti itu memenangi PRN Johor kali ini kerana perkara itu tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri berkenaan.

  9. BUDI Diesel bermula esok, 700,000 pemilik kenderaan nikmati diesel RM2.10 seliter

    Kira-kira 700,000 pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara bakal menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menerusi pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bermula esok. 

  10. Tun Mahathir seru pengundi Melayu utamakan calon Melayu tanpa mengira parti

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru pemimpin parti, penyokong serta semua pengundi Melayu supaya mengutamakan calon Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU), tanpa mengira parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Must Watch Video

Advertisement