Pelajar Antarabangsa: Pemangkin penyelidikan atau persaingan tempatan?
Kehadiran pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi (IPT) kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan ia mengurangkan peluang pelajar tempatan. Sejauh mana dakwaan itu berasas, dan bagaimana Malaysia boleh mengimbangi agenda pengantarabangsaan universiti dengan kepentingan pendidikan serta pembangunan bakat tempatan?
Diskusi di Niaga AWANI bersama Felo Bersekutu, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA UKM, Dr Anuar Ahmad.