Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menyarankan Malaysia memperkenal semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), selain menghapuskan subsidi bahan api secara berperingkat.
Langkah itu bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan ketika Malaysia semakin menghampiri status negara berpendapatan tinggi.