Skip to main content

Hiburan

Usia 61 tahun, Aamir Khan umum bakal kahwini kekasih 14 tahun lebih muda

Sumber: Astro GEMPAK
Aamir meminta peminat merestui perkahwinan dengan Spratt. - Gempak

BINTANG popular Bollywood, Aamir Khan mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Gauri Spratt dalam sebuah majlis tertutup yang  bakal berlangsung pada hujung minggu.

Pengumuman tersebut dibuat Aamir kepada media tempatan.

“Ya, saya akan berkahwin pada 5 Julai ini. Majlis akan berlangsung dengan sederhana di rumah. 5 Julai adalah hari paling bermakna buat kami,” kata Aamir seperti dilaporkan ANI.

Aamir, 61, juga meminta peminat merestui perkahwinan dengan Spratt, 47.

“Tolong restu perkahwinan kami dan doakan kami hidup bahagia bersama. Ini akan menjadi majlis yang sangat sederhana untuk keluarga dan teman dekat,” ujarnya lagi.

Menurut laporan sama, dianggarkan majlis yang bakal berlangsung di kediaman bintang Lagaan itu di kediamannya di Bandra, Mumbai bakal dihadiri sekitar 150 tetamu.

Anak-anak hasil perkahwinan terdahulu pasangan tersebut juga dilaporkan akan hadir sama. Ini termasuklah anak Aamir daripada perkahwinan pertama bersama Reena Dutta, Ira Khan dan anak lelaki daripada perkahwinan keduanya bersama Koran Rao, Azad Rao Khan.

Perkahwinan bersama wanita yang berasal dari Bengaluru itu akan menjadi perkahwinan ketiga Aamir. 

Aamir pertama kali berkahwin dengan Duttan pada 1986 sebelum bercerai pada 2002. Bintang itu kemudian berkahwin kali kedua pada tahun 2005 sebelum mengumumkan bercerai pada 2021.

Aamir kemudian mengesahkan hubungan cinta dengan Spratt pada tahun 2025 sewaktu merayakan ulang tahun ke-60nya.

Dałam satu temu bual, Aamir menyifatkan dirinya bertuah karana bertemu Spratt yang disifatkan membawa ketenangan dałam hidupnya.

“Saya akhirnya berasa hidup sempurna,” katanya lagi. -- Gempak

Must Watch Video

Advertisement