Skip to main content

Gaya Hidup

Berita gembira buat peminat makanan Korea, SHIN Ramyun perkenal rasa ‘swicy’

(dari kiri), Wany Hasrita, Antonio Jo dan Khai Bahar. Sumber: NONGSHIM
Dari kiri Wany Hasrita, Antonio Jo dan Khai Bahar.

KUALA LUMPUR: Jenama mi segera popular Korea, SHIN Ramyun, meraikan ulang tahun ke-40 dengan memperkenalkan perisa terbaharu, SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi, yang mengetengahkan trend makanan semasa menerusi gabungan rasa manis dan pedas atau lebih dikenali sebagai ‘swicy’. 

Perisa baharu itu diinspirasikan daripada hidangan kimchi goreng yang cukup popular di Korea dan dijangka memberi pengalaman rasa lebih berani kepada penggemar makanan Korea.

Pelancaran produk berkenaan turut menandakan satu lagi pencapaian besar buat NONGSHIM apabila SHIN Ramyun muncul sebagai jenama mi segera Korea pertama yang mencatat jualan terkumpul global melebihi RM55 trilion sejak diperkenalkan pada 1986. 

Sepanjang empat dekad lalu, lebih 42.5 bilion pek SHIN Ramyun telah terjual di seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama mi segera Korea paling dikenali di pasaran antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden NONGSHIM, Antonio Jo berkata, peningkatan populariti budaya dan makanan Korea di seluruh dunia mendorong syarikat terus menghasilkan inovasi baharu tanpa meninggalkan identiti rasa pedas yang menjadi kekuatan jenama itu. 

Menurutnya, perisa Stir Fry Kimchi membuktikan SHIN Ramyun mampu berkembang mengikut trend cita rasa pengguna moden sambil mengekalkan rasa autentik Korea yang menjadi kegemaran ramai.

Pelancaran itu berlangsung sempena majlis pratonton drama Impian Di Seoul bersempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Kesembilan 2026 yang menampilkan Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai pelakon utama bersama Shah Jazsle.

Menurut Antonio, SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi menggunakan sos kimchi yang lebih pekat dan kaya bersama cebisan kimchi asli serta sawi putih bagi menghasilkan keseimbangan rasa manis, pedas dan umami. 

Produk itu juga mengekalkan tekstur mi kenyal yang sinonim dengan SHIN Ramyun serta dilengkapi pensijilan halal bagi memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Beliau berkata, NONGSHIM akan terus mengembangkan rangkaian perisa SHIN Ramyun pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan pengalaman menikmati makanan Korea yang autentik, premium dan mudah disediakan kepada pengguna global. 

SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi kini boleh didapati di pasar raya utama seluruh negara serta menerusi NONGSHIM Official Store di TikTok Shop.

 

Must Watch Video

Advertisement