Skip to main content

Malaysia

Astro X3: Penstriman lebih mudah, hiburan lebih lengkap

[TB]_Astro X3_Astro
Lebih menarik, Astro turut akan memperkenalkan pilihan langganan tanpa kontrak bermula Disember nanti, sekali gus memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan untuk mengurus langganan mengikut keperluan mereka.

KUALA LUMPUR: Cara rakyat Malaysia menikmati hiburan terus berubah seiring perkembangan teknologi dan gaya hidup digital.

Jika dahulu televisyen menjadi pilihan utama seisi keluarga, hari ini penonton lebih gemar menikmati drama, filem dan siaran sukan secara penstriman mengikut masa, tempat dan peranti pilihan mereka.

Seiring perubahan itu, Astro, syarikat media dan hiburan terkemuka Malaysia, memperkenalkan Astro X3, penawaran penstriman baharu yang membolehkan pelanggan menikmati kandungan kegemaran mereka dengan lebih mudah, pantas dan fleksibel tanpa memerlukan peranti Astro atau pemasangan.

Melalui proses pendaftaran yang ringkas menggunakan telefon pintar, pelanggan hanya perlu melanggan dan memuat turun aplikasi Astro pada Smart TV yang serasi atau Astro GO untuk mula strim dalam hanya beberapa minit.

Lebih menarik, Astro turut akan memperkenalkan pilihan langganan tanpa kontrak bermula Disember nanti, sekali gus memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan untuk mengurus langganan mengikut keperluan mereka.

Image
[INSERT]_Astro X3_Astro

Apa yang menjadikan Astro X3 pilihan sesuai untuk isi rumah moden ialah kepelbagaian kandungan yang ditawarkan dalam satu platform termasuk drama tempatan seperti Good Boys Go to Heaven, Dendam Seorang Mentua dan Ikatan Terlarang selain rancangan hiburan seperti Big Stage Rocketfuel dan Dapur Bapak-Bapak, semuanya boleh dinikmati dengan lebih mudah.

Bukan itu sahaja, Astro X3 turut menawarkan pelbagai filem antarabangsa termasuk Love Phobia, Fast X dan Puss in Boots: The Last Wish, selain kandungan kanak-kanak seperti Didi & Friends Dream Jobs, Oga & Friends, Paw Patrol dan Cocomelon. 

Bagi peminat sukan pula, aksi langsung seperti BWF, Premier League, MotoGP dan tenis terus menjadi antara tarikan utama.

Sekiranya terlepas rancangan kegemaran, fungsi on-demand membolehkan pengguna menonton semula pada bila-bila masa dengan kawalan seperti jeda, ulang semula dan langkau ke hadapan.

Astro X3 juga menyokong penstriman sehingga dua skrin serentak menerusi pelbagai peranti yang serasi termasuk televisyen pintar, telefon pintar, tablet dan komputer riba.

Bagi mereka yang gemar menggunakan aplikasi penstriman popular, Astro turut menawarkan pilihan untuk menambah perkhidmatan seperti Disney+, iQIYI, Prime Video dan beIN Sports, membolehkan semuanya diuruskan dalam satu bil yang lebih mudah.

Dengan gabungan kandungan tempatan premium, hiburan antarabangsa, sukan secara langsung serta pengalaman penstriman yang lebih ringkas dan fleksibel, Astro X3 menawarkan cara baharu untuk rakyat Malaysia menikmati hiburan mengikut gaya hidup digital masa kini.

Astro X3 kini boleh dilanggan bermula daripada RM39.99 sebulan. Strim hiburan terbaik serta-merta tanpa box dan tanpa pemasangan. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my atau kunjungi mana-mana premis Astro berhampiran anda. *Tertakluk pada terma & syarat.
 

Must Watch Video

Advertisement