Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Julai 2026.

  1. Suspek ceroboh stesen Jalan Meru ditahan, tren LRT3 tergendala 30 minit

    Petugas operasi bersama anggota polis bantuan telah bertindak pantas mengesan serta menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Klang untuk tindakan lanjut.

  2. Ketua Polis Balai wajib buat satu tangkapan sehari perangi dadah di Kelantan

    Pendekatan itu dilaksanakan selepas statistik tangkapan dadah menunjukkan penurunan walaupun operasi penguatkuasaan ditingkatkan.

  3. 'Saya tiada kaitan dengan kontrak syarikat adik' - Azam Baki

    Tan Sri Azam Baki menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan adiknya, Datuk Nasir Baki.

  4. Remaja cedera parah dipukul di Cheras, empat suspek ditahan

    Seorang remaja lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu di sebuah residensi di Cheras pada 5 Julai lalu.

  5. Lelaki dipenjara 105 tahun, 70 sebatan mengaku rogol anak kandung

    Seorang lelaki akhirnya dijatuhkan lagi hukuman penjara selama 105 tahun dan 70 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau, selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak sulungnya.

  6. Maxis kenal pasti individu dedah maklumat peribadi Khairul Aming

    Maxis telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden akses tanpa kebenaran melibatkan butiran akaun seorang pelanggan, yang tular di media sosial sejak malam tadi.

  7. Johor batal lesen Network School, arah operasi dihentikan

    Kerajaan Negeri Johor membatalkan lesen perniagaan NS0 Malaysia Sdn Bhd atau Network School di Forest City serta mengarahkan semua operasinya dihentikan berkuat kuasa 22 Julai ini.

  8. Keputusan rayuan pembebasan Papagomo pada 31 Julai

    Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo daripada pertuduhan menghasut, tiga tahun lepas.

  9. PRN Negeri Sembilan: Ahmad Zahid mahu jentera ganda usaha, BN masih parti ‘underdog’

    Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi gerak kerja jentera parti menjelang Pilihanraya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16).

  10. GPS, GRS nafi dakwaan pertemuan dengan BN, PN

    Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan dakwaan bahawa kedua-dua gabungan politik dari Borneo itu mengadakan pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) seperti yang tular di media sosial.

Must Watch Video

Advertisement