Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Anwar turun berkempen di empat lokasi esok

JOHOR BAHRU, 9 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program “Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan” di Padang Awam Taman Pelangi Indah, di sini, malam ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar akan memulakan program pada 4 petang menerusi sesi Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan. - Gambar fail/Bernama

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri beberapa siri program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di beberapa lokasi sekitar Seremban dan Paroi esok.

Menurut hantaran di Facebook,  Pengerusi Pakatan Harapan itu akan memulakan program pada 4 petang menerusi sesi Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan.

Beliau juga dijadual menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi pada 5 petang.

Pada sebelah malam, Presiden PKR itu akan menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat di Taman Sri Penaga pada 8 malam sebelum menyertai Ceramah Perdana Pakatan Harapan DUN Paroi di Taipan 2, Pusat Bandar Senawang.

Ini kali pertama Anwar ke Negeri Sembilan untuk menyertai kempen PRN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Julai ini sebagai pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement