Skip to main content

Teknologi

WhatsApp uji label kandungan berbayar, tingkat ketelusan dalam saluran

[TB]_Kandungan Berbayar WhatsApp_AMANZ
Pengenalan fungsi baharu itu dijangka dapat meningkatkan kepercayaan antara pengikut dan pentadbir saluran memandangkan sebarang bentuk kerjasama komersial dipaparkan secara terbuka. -Gambar Amanz

PLATFORM komunikasi popular, WhatsApp mula menguji ciri baharu yang membolehkan pentadbir saluran meletakkan label "Paid Partnership" atau perkongsian berbayar pada kandungan yang melibatkan kerjasama komersial, lapor Amanz.

Langkah terbaharu itu membolehkan pengikut mengenal pasti kandungan tajaan dengan lebih jelas, sekali gus mengelakkan kekeliruan sama ada sesuatu perkongsian merupakan pendapat peribadi pentadbir atau hasil kerjasama berbayar dengan pihak lain.

Pengenalan fungsi baharu itu dijangka dapat meningkatkan kepercayaan antara pengikut dan pentadbir saluran memandangkan sebarang bentuk kerjasama komersial dipaparkan secara terbuka.

Pada masa sama, penggunaan label tersebut bertujuan membantu pentadbir mematuhi keperluan pendedahan kandungan komersial yang ditetapkan di beberapa negara, selain mengurangkan risiko reputasi akibat kegagalan mendedahkan kandungan tajaan.

Dari segi penggunaan, pentadbir saluran hanya perlu menekan lama pada kemas kini teks atau media sebelum memilih pilihan "Add paid partnership" untuk mengaktifkan fungsi berkenaan.

Sebaik sahaja label tersebut diaktifkan, ia akan dipaparkan dengan jelas pada hantaran terbabit dan tidak boleh dibuang daripada kemas kini berkenaan, sekali gus memastikan ketelusan kepada pengikut.

Ciri itu sedang dilancarkan secara berperingkat kepada sebahagian pengguna Android dan iOS yang telah mengemas kini aplikasi WhatsApp ke versi terbaharu.

 

Must Watch Video

Advertisement