Skip to main content
Advertisement

Teknologi

WhatsApp uji fungsi View Once untuk mesej teks

WhatsApp Sedang Membangunkan Fungsi View Once Untuk Mesej Teks. Amanz.my
Fungsi ini membolehkan mesej teks yang dihantar hilang secara automatik selepas dibuka sekali oleh penerima, serupa dengan ciri perkongsian gambar dan video sedia ada. -Foto Amanz

PLATFORM pemesejan popular, WhatsApp, dilapor sedang membangunkan fungsi View Once (Sekali Papar) khusus untuk mesej teks bagi meningkatkan tahap privasi pengguna.

Menurut Amanz yang memetik laporan portal teknologi WABetaInfo, fungsi ini membolehkan mesej teks yang dihantar hilang secara automatik selepas dibuka sekali oleh penerima, serupa dengan ciri perkongsian gambar dan video sedia ada.

Melalui fungsi tersebut, pengguna hanya perlu menekan lama butang hantar selepas menaip mesej untuk memilih pilihan ‘Send as view once’ sebelum menghantarnya.

Bagi meningkatkan keselamatan, mesej teks itu akan dilindungi dengan sekatan yang menghalang penerima daripada menyalin (copy), memajukan (forward), mengambil tangkapan skrin (screenshot), atau membuat rakaman skrin.

Langkah ini bertujuan memastikan kandungan sensitif tidak boleh disimpan atau dikongsi semula dalam apa-apa bentuk.

Fungsi berkenaan bagaimanapun masih dalam fasa pembangunan dan tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan.

 

Must Watch Video

Advertisement